Khamis, 24 November 2011

Wanita Fitnah Paling Berat bagi Lelaki

Assalamualaikum w.b.t,

Sudah lama saya mencari hadis-hadis yang berkenaan dengan fitnah wanita terhadap lelaki, alhamdulillah jumpa akhirnya...maaf saya hanya copy paste daripada blog lain. Apapun itu buka isu yang ingin diketengahkan, isunya adalah sama seperti tajuk post kali nie.

Bila sebut tentang hal ini, saya cukup yakin semua mampu katakan yang wanita merupakan difitnah paling besar bagi seorang lelaki. Tapi lumrah kita sebagai an-nas (manusia) yang juga membawa maksud pelupa, kita selalu lupa tentang hal ini...tapi tidak kurang juga ada diantara kita buat-buat lupa.

Jadi, saya ambil inisiatif untuk membuat post ini pada kali ini...untuk saya baca khususnya dan kalian para pengunjung blog baca utk kita ambil peringatan bersama, supaya kita tidak lagi lupa atau buat-buat lupa. =)

Daripada usamah bin zaid r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yg pling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita”
…Riwayat Bukhari dan Muslim….

Daripada Abu Said al-khudri bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;
”Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita”
Riwayat imam muslim…

Jadi rakan-rakan pengunjung, berdasarkan dalil kat atas, jelaslah yg perempuan/ hawa/ akhwat/ muslimat/ gegirl / syang/ dan bagai lagi sebutan yang biasa kita dengar boleh bwa fitnah kp kita sebgai lelaki /muslimin/ ikhwah/ boboy / dan bagai lagi...bukan saya yang cakap, tapi Nabi yang cakap...tak caye Sohih Bukhari dan Muslim lagi tuh...

So, berhati-hatilah dengan insan yang bernama wanita...kerana mereka mampu menjatuhkan seorang lelaki...bukan saya kata mereka jahat, tidak!..tapi BERHATI-HATI lah dengan mereka..

Daripada Ibn al-Zubair bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;

”sesungguhnya wanita itu ketika dtg dr depan dia dalam bentuk syaitan dan ketika pergi membelakangkan tubuhnya dia memperlihatkan bentuk syaitan pula.oleh sebb itu jika salah seorg dr kamu melihat seorng wanita yg menarik perhatian maka hendaklah ia mendapatkan isterinya,dengan demikian itu dapat menolak gelojak nafsu yg ada dalm dirinya”
Riwayat Imam Muslim…..


Kat bawah nie banyak lagi hadis-hadis yang berkaitan dengan fitnah wanita...so, bacalah baik kalian wanita ataupun lelaki..baik kalian rempit atau lebai...baik kalian sekolah biasa atau sekolah agama...baik kalian dari keluarga yang baik atau tidak...kerana apa??..

kerana kita bergelar manusia...manusia itu maksud dia pelupa...kita lupa yang hidup kita akan ad akhirnya...kita lupa yang apa yang kita buat kat dunia akan ada balasanya kat akhirat...wallahua'lam...

p/s : post ini ditujukan utk diri sendiri yang sentiasa lupa akan semua yang diperkatakan...diharap pembaca dapat mengambil ibrah dan sama-sama kita muhasabah diri untuk mencapai redha Allah...

Hadis yang berkaitan:

Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ada 2 golongan penduduk neraka yang kedua2 nya belum pernah kulihat : iaitu kaum yg memiliki cambuk seperti ekor lembu yg digunakan untuk memukul org dan kedua wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang krn pakain terlalu ketat,nipis dan sebahgian aurat terbuka yg dpt dilihat rupa bentuk tubuh dan wanita2 yg mudah dirayu atau suka merayu,rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta.wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapt mencium bau syurga.padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sgt jauh.” Riwayat imam Muslim….

Daripada Ibn al-Zubair bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”sesungguhnya wanita itu ketika dtg dr depan dia dalam bentuk syaitan dan ketika pergi membelakangkan tubuhnya dia memperlihatkan bentuk syaitan pula.oleh sebb itu jika salah seorg dr kamu melihat seorng wanita yg menarik perhatian maka hendaklah ia mendapatkan isterinya,dengan demikian itu dapat menolak gelojak nafsu yg ada dalm dirinya” Riwayat Imam Muslim…..



----------------------------------------------------------------------------------
Ibn Abbas mengatakan”tidak ada dalam kalangan orang yg terdahulu yg menjadi kafir kecuali gara2 wanita dan org yg terkemudian pun kafir gara2 wanita juga”…

Said ibn AL-musayyab berkata:”setiap kali syaitan berputus asa menggangu seseorg maka dia akn melancarkan gangguannya melalui wanita”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan